Saturday, April 5, 2008

Pendidikan Khas

http://zurainiibrahim.blogspot.com/

Jawapan Tugasan

http://tugasanblog.blogspot.com/

Refleksi


Januari 2008 amat bermakna buat diri saya kerana sudah ada alamat mail sendiri. Bangga rasanya. Itupun berkat bimbingan pensyarah budiman, Dr. Siti Fatimah dan tunjuk ajar rakan-rakan yang bijaksana. Kemudian diajar untuk mewujudkan Yahoo Groups. Sesuatu yang tak pernah dimimpikan sebelum ini. Rupa-rupanya melalui Yahoo Groups ini, kita boleh berdiskusi dengan rakan-rakan yang menjadi ahli kumpulan. Canggih! Saya jadi moderator perlu berusaha untuk menarik minat rakan-rakan lain jadi ahli dan saya sendiri perlu jadi ahli mereka. Kemudian, saya kemukakan topik perbincangan. Rasa-rasanya hebat juga topik tu. Tapi, sayang sekali, lima orang saja yang sudi balas. Saya tak putus asa. Cuba hantar lagi. Kali ni berserta topik kedua. Ringkas sikit. Mudah saja. Pun sama. Saya intai rakan sebelah. Dalam Mail dia ada topik perbincangan saya. Maksudnya dah berhantar le. Mungkin orang tak perasan agaknya. Tapi tak apa la. Yang penting semua topik orang saya dah balas.

Selepas Yahoo Groups, kami berforum pula dalam Learning Care (UKM punya). Dr. Siti beri soalan. Saya jawab dalam masa yang sama. Alhamdulillah, jawapan saya semua Dr. terima. Maka tak perlulah buat pembetulan. Kemudian, saya belajar pula bina blog. Punyalah mencabar. Untuk pertama kali, blog saya cuma berisi jawapan kepada semua tugasan Dr. Siti dan juga alamat blog pendidikan khas yang saya cari. Saya bangga kerana dah mula mengenali blog.

Setiap minggu ada sahaja tugasan yang Dr. beri. Mula-mula letih sangat. Tak terkejar rasanya. Sebab utama ialah di rumah saya tak ada talian internet. Setiap minggu saya akan bertapa di cyber cafe. Jawab soalan dan balas topik perbincangan Yahoo Groups. Namun masa terbatas. Makanya, saya jawab pun dalam keadaan yang tergopoh-gapah. Tapi, terus-terang saya nyatakan bahawa saya suka sekali menjawab setiap topik perbincangan yang rakan-rakan saya kemukakan. Bagi saya itu adalah salah satu cara mengasah ketajaman fikiran dan menambah pengetahuan tentang dunia pendidikan khas yang sebenarnya asing bagi saya. Pada bulan Mac, barulah saya langgan internet. Seronok tak terkira. Tapi masa masih terbatas kerana terlalu banyak tugasan daripada subjek lain.

Seterusnya Dr. Siti bimbing kami cari artikel di Perpustakaan Tun Sri Lanang melalui 'ebscohost'. Saya dapat dua artikel tentang pengajaran pendidikan khas dan kemahiran berfikir. Saya terus belajar tentang enjin pencarian dan cara-cara mencari bahan melalui Yahoo dan Google. Oklah. Sebelum ni, saya hanya melayari internet untuk mencari jurnal. Sekarang saya dah pandai explore yang lain seperti image dan video. Saya rasa beruntung sangat.

Seterusnya, kami belajar membina laman web guna front page. Dahsyatnya. Susah sangat. Front page jadi tapi bila nak upload asyik sangkut sahaja. Tugasan individu dan berpasangan membimbing saya membina laman web. Terima kasih kepada 'partner' yang disayangi, Nor Rubiatul Maria. Dr. ajar kami download video daripada You Tube. Bangga yang teramat sangat. Kami guna Geocities untuk melancarkan web kerana 'free'. Akhirnya laman web berkumpulan + individu berjaya dilancar.

Kemudian, tiba hari yang paling saya suka. Belajar Power Point, Excel dan Access. 8 tahun yang lalu saya mula-mula belajar dan mengenali Power Point, Excel dan Access. Saya suka dan saya boleh buat. Kecuali Access. Dulu pun saya rasa susah. Sekarang pun sama. Pengetahuan saya amat cetek kerana saya lupa terus langkah-langkah pembinaan pangkalan data. Dr. ajar terlalu cepat. Saya tak boleh ikut. Tapi, tak apa. Dr. mahu kami berusaha dan ada pembelajaran peer-teaching. Dr. tak mahu istilah 'school feeding'. Saya akur.

Setakat hari ini, banyak tugasan yang dah siapkan. Kecuali Access dan ulasan artikel dari ebscohost UKM. Saya terlupa yang itu. Sekarang saya akan buat catatan untuk langkah-langkah pembinaan laman web guna front page dan bagaimana nak melancarkannya. Saya juga akan buat catatan pembinaan slide Power Point, pangkalan data (Excel) dan bagaimana mencari artikel dari ebscohost (UKM). InsyaAllah selepas ini, saya akan buat catatan untuk bina pangkalan data (Access) pula.

TERIMA KASIH DR. SITI FATIMAH DAN RAKAN SEMUA!